Hijau Subur

Hijau Subur Hijau Subur Farm 🌱

Dari ladang kami, untuk anda. Kongsi cerita, ilmu & pengalaman sebenar dalam dunia pertanian. 🌱🐓
Tanam • Ternak • Belajar • Berkongsi

Yang seronok dalam perjalanan ini bukan semata-mata kerana kita dapat jual anak ayam. 🐥Lebih seronok bila dari situ kita...
05/10/2026

Yang seronok dalam perjalanan ini bukan semata-mata kerana kita dapat jual anak ayam. 🐥

Lebih seronok bila dari situ kita dapat kenalan baru, kawan baru dan ilmu baru. Kadang-kadang pelanggan datang beli anak ayam, tapi balik dengan cerita dan pengalaman yang boleh kita sama-sama kongsi.

Terima kasih kerana sudi sembang tanpa kopi😅

Kadang-kadang bila selalu tanam atau ternak sendiri, sampai satu tahap kita jadi jenuh nak makan. 😂Sayur sendiri tengok ...
03/10/2026

Kadang-kadang bila selalu tanam atau ternak sendiri, sampai satu tahap kita jadi jenuh nak makan. 😂

Sayur sendiri tengok dari benih sampai besar. Ayam sendiri tengok membesar hari demi hari kadang mula rasa kesian atau geli. 😅

Tapi bila beli dari luar, boleh p**a makan dengan selamba. Sedangkan kita tak tahu bagaimana ia ditanam, dijaga atau apa yang digunakan sepanjang prosesnya.

Jadi sekarang kami mula melihat dari sudut yang berbeza.

Apa yang kita hasilkan sendiri, makan dahulu. Kalau masih tak cukup, barulah beli.

Bukan sebab hasil sendiri paling sempurna, tapi sekurang-kurangnya kita tahu bagaimana ia diproses. 🌱🐔

Mungkin inilah salah satu sebab kita bertani — bukan sekadar menghasilkan makanan, tetapi belajar untuk lebih menghargai makanan yang kita hasilkan sendiri.

Bila dah hidup di ladang,kawan makin kurang, ayam makin bertambah. 😂🐔
30/09/2026

Bila dah hidup di ladang,
kawan makin kurang, ayam makin bertambah. 😂🐔

🐥 Baru 20 hari, sudah nampak besar.Bukan sebab makanan semata-mata.Saiz dan pertumbuhan anak ayam bermula daripada selec...
28/09/2026

🐥 Baru 20 hari, sudah nampak besar.

Bukan sebab makanan semata-mata.

Saiz dan pertumbuhan anak ayam bermula daripada selection pembaka, kemudian pemilihan telur yang baik, dan seterusnya penjagaan serta pemakanan yang sesuai.

Bela ayam bukan sekadar besarkan ayam, tapi kita bina generasi.

Hari ni BSF naik pelamin 🪰💍😂Tak perlu pelamin mahal, tak perlu hantaran berjuta…Asalkan lepas kahwin terus bagi telur! 🤣...
26/09/2026

Hari ni BSF naik pelamin 🪰💍😂

Tak perlu pelamin mahal, tak perlu hantaran berjuta…
Asalkan lepas kahwin terus bagi telur! 🤣🥚

Kenalkan boss baru kita! 🐓🔥 Calon pembaka baharu HSF Ayam Kampung. Kita tengok dulu perkembangan dan potensinya. Semoga ...
21/09/2026

Kenalkan boss baru kita! 🐓🔥

Calon pembaka baharu HSF Ayam Kampung. Kita tengok dulu perkembangan dan potensinya. Semoga membesar dengan sihat, menjadi pembaka berkualiti dan menjadi ayah yang berguna untuk generasi akan datang. 💪🌱😆

17/09/2026

🐓 HSF AYAM KAMPUNG – STOK DI SAMARIANG!

Sekarang HSF Ayam Kampung boleh didapati di:

📍 Bang Sol Burger
4041, RPR Bandar Baru Samariang
F5, tepi Sekolah Rendah Samariang

Mudah untuk yang area Samariang dan sekitarnya.
Singgah ambil stok ayam kampung untuk masak di rumah. 😄

1 ekor pun boleh. 🐓

15/09/2026

Secara purata, rakyat Malaysia menggunakan sekitar 2–3 ekor ayam sebulan.

Nampak macam mudah, tapi perjalanan sebiji telur sampai jadi anak ayam bukan terus masuk inkubator dan tunggu pecah. 🥚🐣S...
12/09/2026

Nampak macam mudah, tapi perjalanan sebiji telur sampai jadi anak ayam bukan terus masuk inkubator dan tunggu pecah. 🥚🐣

Saringan pertama bermula dalam reban. Telur yang terlalu kecil, rosak atau kurang sempurna kita asingkan.

Masuk inkubator, hari ke-4–5 kita buat saringan lagi. Telur yang rosak atau tidak berbenih dikeluarkan.

Minggu kedua, cek lagi. Ada yang mati di tengah jalan, kita keluarkan supaya tidak membusuk dan menjejaskan telur lain.

Bila masuk minggu terakhir dan mula nampak tanda nak menetas, telur dipindahkan ke ruang inkubator yang lebih besar untuk proses menetas menjadi anak ayam.

Tapi bukan semua berjaya. Ada yang gagal pecah kulit, ada yang pecah tetapi tidak sempurna. Yang begitu pun perlu diasingkan.

Begitulah prosesnya… daripada telur, disaring berkali-kali, sehinggalah menjadi DOC. 🥚➡️🐣

Dan ini baru mukadimah seekor ayam.
Perjalanan seterusnya masih panjang. 😄🐓

Address

Jalan Matang

93050

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hijau Subur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Hijau Subur:

Shortcuts

  • Want your business to be the top-listed home improvement business?

Share