20/08/2026
Direktoribiz akan berusaha menjadi web app direktori perniagaan terbaik di Malaysia yang dapat membantu PKS tempatan mengiklankan dan menghebahkan perniagaan mereka tanpa memerlukan belanja yang besar dan menyediakan micro landing page yang boleh bertindak sebagai "penyambut tetamu" dalam talian terutama bagi PKS yang belum mempunyai laman web sendiri.
Daripada segi harga, kami menyediakan harga penyenaraian yang mampu milik tidak kira sama ada anda seorang peniaga mikro, kecil atau sederhana. Kami tidak meletakkan harga tiga empat ratus ringgit untuk penyenaraian, tetapi harga yang releven dan termampu oleh semua.
Daripada segi teknologi, kami juga tidak mahu ketinggalan - kami menggunakan OCR (Pengecaman Askara Optik) AI yang memudahkan anda mengisi borang dengan hanya mengimbas melalui kamera telefon bimbit atau memuat naik dokumen untuk dibaca oleh AI untuk mengisi borang.
Ia juga mengambil imej dari senaraian anda dan menaip maklumat perniagaan anda pada gambar untuk dijadikan sebagai kad nama/perniagaan digital apabila anda berkongsi perniagaan anda di media sosial dan juga anda boleh simpan atau cetak. Anda tidak perlu klik butang kongsi pun sebenarnya. Cuma taipkan alamat senarai/iklan anda di direktoribiz dan paparan kad anda akan muncul di bawah.
Contohnya saya apabila taipkan direktoribiz.my/submit maka kad halaman tempahan dan link untuk laman tempahan akan keluar seperti di bawah. Terima kasih kerana sudi membaca :).
Cari bisnes tempatan di negeri & daerah anda. Hubungi terus melalui telefon atau WhatsApp.