12/03/2026
Video CCTV yang tular sebelum ini telah menimbulkan pelbagai spekulasi dalam masyarakat umum.
Di dalam video ini kami tampil memberikan penjelasan sebenar berdasarkan situasi yang berlaku supaya perkara ini tidak terus disalah tafsir oleh orang ramai.
Untuk pengetahuan semua, produk yang kami tawarkan memang mempunyai harga yang agak tinggi, namun ia merupakan produk keselamatan berkualiti tinggi yang direka untuk melindungi pengguna daripada risiko kemalangan berkaitan gas memasak.
Selain itu, kami juga ingin menjelaskan bahawa uniform staf kami berwarna hijau dan biru, namun kami bukan daripada Petronas.
Penyebaran video tanpa konteks penuh telah menjejaskan nama baik syarikat dan kakitangan kami. Untuk makluman, laporan rasmi juga telah dibuat kepada pihak berkuasa.
Kami juga telah menghubungi pihak ! untuk memadam posting tersebut tetapi tidak mendapat apa-apa respond daripada pihak mereka.