Orang kata kalau mari ke kelantan kalau tak pekena mee celup tak sah. Cik Ani dah 6 tahun duk sini baru la hari ni mencuba mee celup. Boleh tahan jugak rasanya seakan akan mee sup jee.Jemput makan semua.😁
18/10/2026
Selamat Petang, selamat berhari minggu. kali ini lagi satu kuih tradiasional saya nak kongsikan resepi dan cara buatnya. Kuih bengkang ubi kayu memang tidak asing lagi bagi kita semua. semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat.
16/10/2026
Salam hujung minggu semua. Hari ini agak memenatkan sikit sebab nak kena siapkan tempahan 100 biji kuih cucur badak frozen. Terima kasih pada yang order😄. jika ada yang nak boleh pm saya untuk yang berhampiran saja lah. video macamana cik ani siapkan tempahan kuih ni akan cik ani siarkan nanti.
16/10/2026
Petang ni saya nak tunjukkan cara saya buat pajeri terung untuk makan malam nanti.
15/10/2026
Kali ini saya nak berkongsi resepi kuih serimuka gula merah pulak ye. nanti boleh buat menu minum petang ni. semoga bermanfaat untuk semua yang menonton.
14/10/2026
Salam semua, menu makan malam cik ani hari ini mee goreng simple je. sesekali makan mee ok jugak asyik nasi je jemu jugak. Jom kita goreng mee sama-sama. semoga bermanfaat.
13/10/2026
Salam semua, hari ini saya nak berkongsi resepi kuih koleh kacang semoga bermanfaat.
12/10/2026
12/10/2026
Kuih Kalakatar antara kuih yang agak rare bagi masyarakat banjar yang jarang dapat jumpa kecuali tempat - tempat yang tertentu sahaja yang ada di jual. Kali ini saya nak kongsi cara buat kuih ni dan boleh di cuba buat sendiri di rumah.
Be the first to know and let us send you an email when Cik Ani posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.