ADHA Protech Venture

  • Home
  • ADHA Protech Venture

ADHA Protech Venture Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from ADHA Protech Venture, Home decor, No.24, Jalan SC1/A, Pusat Perindustrian Sg Chua,, .

Active Factory For Custom Cabinet / Walldrobe / Kitchen Cabinet
Expert On Design and Build ( Residential & Office - Renovation / Decoration )
Expert On Customization Server ( Supercomputer )
Experience On Command Center & Data Center Solution

30/08/2026
26/08/2026

"Dulu masa kau mula kerja kerajaan pun gaji pokok RM820 jugak kan?" saya tanya dia.

Dia jawab "Ye lah kita sama batch cuma aku skim lain Pembantu Tadbir Kewangan dan aku kerja lagi lama dari kau. Aku sempat jugak 10 tahun service"

Itu hari masa lepak kopi tu banyak kami berbual mengenai pengalaman zaman kerja kerajaan terutamanya pengalaman overlap loan lepas tu menyesal haha.

Biasalah masa tu kami muda, banyak benda tak faham. 60% daripada gaji memang dah tolak angkasa naya.

Sebenarnya kerja kerajaan ok takde masalah, cuma kalau untuk lelaki dalam skim kumpulan sokongan memang kena urus duit betul-betul kalau tak terapong nanti.

Saya masih ramai je kawan-kawan dalam kumpulan sokongan yang masih okey sebab mereka pandai manage kewangan.

Dan saya juga faham, ada orang dah ok dan ada juga orang yang sedang berkhidmat dalam kerajaan dan salam masa sama tengah mencari-cari jalan untuk keluar dan bina karier lain.

Cuma paling bagus dan selamat saya syorkan ikut macam cara Adrian ni. Sebelum dia berhenti, dia cuba-cuba dulu buat bisnes. Lepas tu dia cuti tanpa gaji dulu selama setahun. Bila nampak dah stabil, baru dia berhenti.

Adrian ni mula dari bawah jual produk dari suplier sampai lah sekarang ni dia boleh ada kilang production dia sendiri di Seremban.

Dia memang hardcore jual pelbagai jenis produk dan dia memang fokus online. Kalau minat nak bina produk sendiri, bina perniagaan online, nak bina kilang sendiri dan nak cari inspirasi boleh ikuti Adrian di media sosial banyak boleh belajar daripada dia, online shop dia pun antara yang selalu ada dalam senari top 5 seller tiktok Malaysia kategori F&B.

Kepada kawan-kawan lain yang sedang berjuang membina hidup, jangan putus harapan. Teruskan usaha di tempat yang betul, insyaAllah good time will come.

23/08/2026

Semalam, kenyataan rasmi mengesahkan apa yang peniaga kecil kita dah rasa sejak bertahun-tahun. Produk asing makin melimpah, menenggelamkan pasaran tempatan.

PM menggesa undang-undang ini dipercepatkan dikala ramai peniaga online kita telah lama terjejas teruk. Bukan sorang dua, tapi ramai.

Ini bukan isu baru. Ini isu yang lambat ditangani. Ada je usahawan online cuba suarakan. Namun suara mereka tidak didengari.

Orang macam Kak Rohani dah alami benda ni setiap hari tak tahu dah apa lagi cara nak melawan.

Bayangkan, lepas asyik kena cantas harga, Kak Rohani cuba cari design yang lain sikit.

Kak Rohani duduk depan longgokan stok tudung dan baju kurung dalam bilik stor. Dia baru borong stok baru daripada pembekal di Jalan Kenanga pagi tadi.

Dia muat naik gambar ke kedai digitalnya. Letak harga RM35 sehelai. Untung dia? Cuma RM7. Itu pun lepas ditolak kos modal borong, plastik parcel, stiker, elektrik untuk sesi live, internet dan itu semua belum kira charge servis platform dan SST lagi.

Dua puluh minit lepas tu, algoritma aplikasi mencadangkan produk serupa kepada pelanggan. Yang lagi best, direct dari kilang Shenzhen terus. Harganya? RM9.90 siap dengan pakej penghantaran percuma rentas sempadan pulak tu.

Kak Rohani tutup telefon. Dia geleng kepala. Dia terapong, kerja kuat macam mana pun, dia tidak akan mampu menang dalam perang harga ini.

Bayangkan macam ni. Kau ambil barang dari supplier China, kau jual semula kat sini. Buat kajian pasaran, cari produk yang laku, letak harga yang masih ada untung.

Lepas tu, platform yang kau guna untuk jual tu, baca data jualan kau. Nampak produk apa yang dapat sambutan tinggi. Mereka terus bagi pembelian direct runcit dari kilang yang sama dari China dengan harga lagi murah dari kau.

Matilah usahawan kita. Untuk apa berniaga kalau takde untung? Naya.

Itulah realiti kejam taktik Factory-Direct-to-Consumer gergasi e-dagang seperti Pinduoduo dan Temu hari ini buat dekat peniaga kita. Ini perang asimetri. Usahawan kerdil tempatan menentang algoritma kecerdasan buatan yang disokong oleh kilang berskala gergasi.

Namun, benteng undang-undang digital kita masih lagi menggunakan Akta Perdagangan Elektronik 2006. Kali terakhir akta ini digubal adalah 20 tahun yang lalu.

Mustahil ke nak kawal gergasi teknologi ni tanpa menutup pintu perdagangan antarabangsa? Tak. Indonesia dah buktikan secara agresif. Bila mereka nampak social commerce mula ancam pasar fizikal dan usahawan mikro mereka sendiri, mereka tak tunggu kitaran birokrasi yang lembap. Mereka terus bertindak.

Bukan sekadar Indonesia. Amerika Syarikat, negara yang selama ini jadi "bapa pasaran bebas" sendiri, dah tutup terus kelonggaran 'de minimis' mereka pada 2025, yang dulu bagi barangan bawah USD800 masuk tanpa cukai. Kesannya? Jualan platform Temu di Amerika jatuh mendadak, sampai platform tu terpaksa ubah model bisnes mereka sepenuhnya.

Kalau negara maju yang selama ni jadi penganjur pasaran bebas pun dah bertindak seagresif ini, kenapa Malaysia masih teragak-agak? Nak tahu kenapa?

Salah satu sebab struktur yang jarang dibincangkan ialah komitmen Malaysia di bawah perjanjian Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership (CPTPP).

Dalam bab e-dagang perjanjian ini letak had ke atas sekatan aliran data rentas sempadan, walaupun ada ruang pengecualian untuk objektif dasar awam yang sah. Saya faham, karenah birokrasi dan keperluan menyelaraskan dengan komitmen antarabangsa ni memang mungkin ambil masa.

Tapi sejak platform macam Temu masuk pasaran kita pada 2023, jangka masa yang dah berlalu adalah panjang untuk sebuah kerajaan yang ada akses kepada penasihat undang-undang antarabangsa.

Rakyat tak kisah pasal klausa dalam perjanjian antarabangsa. Rakyat cuma nak tahu kenapa Kak Rohani masih tak boleh bersaing secara adil hari ini, sedangkan masalah ni dah lama diketahui?

Apabila lambakan barangan murah ini mematikan rantaian bekalan tempatan, kita sebenarnya sedang memindahkan kuasa beli dan aliran tunai negara keluar. Pengguna yang hari ini seronok beli barang murah RM4, mungkin esok lusa anak dia diberhentikan kerja sebab syarikat tempatan tempat mereka bekerja dah bungkus.

Penyelesaian sebenar bukan sekadar lencana kosmetik "Barangan Malaysia" atau menaikkan cukai jualan rendah. Itu sekadar kos yang gergasi asing boleh serap dalam masa sehari.

Saya percaya solusinya ialah keberanian kedaulatan digital, dilaksana dalam had-had yang patuh kepada komitmen antarabangsa kita, bukan dengan mengabaikannya.

Saya cadangkan kerajaan tetapkan nilai ambang minimum untuk barangan import cross-border yang layak masuk tanpa duti, macam model Indonesia. Bukan untuk sekat perdagangan, tapi untuk pastikan barangan bernilai rendah yang membanjiri pasaran kita dikenakan kos yang adil, sejajar dengan apa yang usahawan tempatan kita dah tanggung sekian lama.

Saya juga cadangkan kerajaan tutup jurang undang-undang sedia ada, di mana platform e-dagang asing yang capai jumlah jualan atau pengguna tertentu di Malaysia secara automatik dianggap "menjalankan perniagaan" di sini, dan diwajibkan mematuhi keperluan pendaftaran dan lesen WRT yang sama seperti syarikat asing lain, walaupun mereka tak ada gudang fizikal di negara kita.

Dan saya cadangkan penubuhan mekanisme audit algoritma bebas, di mana platform wajib mendedahkan kepada pihak berkuasa bagaimana algoritma mereka menentukan produk apa yang dipaparkan kepada pengguna.

Kalau ada bias sistemik ke arah produk dari negara asal platform tersebut, rakyat berhak tahu.

Ini pendirian saya. Kalau mereka mahu data dan duit rakyat Malaysia, mereka kena main ikut peraturan tanah ini. Deal like a King!

Kita selalu bangga laungkan perkataan "Merdeka." Tapi sedar atau tidak, kalau kerajaan tidak tegas dalam isu kedaulatan digital ini, sampai bila-bila pun ekonomi kita sebenarnya masih dijajah. Kita cuma merdeka pada nama, tetapi masih dijajah secara ekonomi.

Dulu, penjajah datang bawa kapal perang untuk rampas hasil bumi kita. Hari ini, penjajah moden cuma perlu hantar kod algoritma, sedut data tingkah laku kita dan botak kan poket peniaga tempatan sebersih-bersihnya dari jauh.

Selagi pihak kerajaan tidak agresif dengan kedaulatan digital ini, ekonomi kita akan terus dijajah secara halus.

Usahawan kita bukan lembik.
Bukan tak reti bersaing.
Bukan tak kreatif.
Bukan tidak berdaya saing.

Salah kita kerana biarkan mereka bertarung sendirian, dalam perang perniagaan yang tidak adil.

Apa pendapat anda?

03/08/2026

Antara Contoh terbaik Usahawan Tempatan Azri Walter tak lokek berkongsi Pengalaman bahkan sama bantu anak2 muda tempatan kelahiran kawasan beliau membesar.

11/07/2026

Nak renovate rumah, tapi takut hasil tak macam yang dibayangkan?

Benda yang paling orang risau bila nak renovate ialah...

• Duit dah keluar banyak.
• Kerja lambat siap.
• Hasil tak kemas.
• Susah nak deal dengan kontraktor.

Sebab itu sebelum mula kerja, kita akan bincang dulu apa yang anda nak.

Sama ada nak:

* Extend rumah
* Custom kitchen cabinet
* TV cabinet
* Wardrobe
* Plaster ceiling
* Wall panel & wall decoration

Supaya hasil akhir memang sesuai dengan gaya rumah dan bajet anda.

Kalau anda tinggal di Seremban, Nilai, Sendayan, Sepang atau Cyberjaya dan sedang plan nak renovate rumah tahun ini, boleh hantar WhatsApp dulu.

Kita bagi consultation dan anggaran budget. Tiada paksaan untuk terus buat.

SMART WallHangerSMART WallHanger / Smart Wall Multifunction Hanger is an innovative furniture solution designed for mode...
09/05/2026

SMART WallHanger

SMART WallHanger / Smart Wall Multifunction Hanger is an innovative furniture solution designed for modern compact living spaces such as apartments, condominiums, and small residential homes.

By combining multiple functions including clothing hanging, hidden key storage, and a flip shelf system into one wall-mounted unit, the product helps maximize space while maintaining a modern, practical, and luxurious appearance.
Designed supports users from various income groups, from B40 to T20 households.

Product emphasizes safety, practicality, and sustainable living through durable materials, stable installation systems, rounded edges, and space-saving functionality.
Its multifunctional and minimalist design promotes better home organization while supporting the needs of modern urban lifestyles that prioritize smart living, convenience, and efficient use of space.

Check out mr.kay’s post.

Address

No.24, Jalan SC1/A, Pusat Perindustrian Sg Chua,

43000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00

Telephone

+60187745078

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ADHA Protech Venture posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to ADHA Protech Venture:

Shortcuts

  • Want your business to be the top-listed home improvement business?

Share